Digitalkan Pasar Anda
Bangunkan Pelanggan dengan Pasarman Digital – Web e-Commerce
Pasarman Digital adalah platform untuk Peniaga Pasar memasarkan barang basah dan hasil tanaman terus kepada pelanggan, teknologi yang sama digunakan oleh Pasarman.com

Bina Jenama menggunakan web sendiri
Dapatkan kedai online dengan jenama anda sendiri seperti ahmadgroceries.com
Kedai online ini membolehkan anda dikenali di dalam dunia online dengan memaparkan maklumat bisnes, produk dan soalan-soalan lazim tanpa perlu bakal pelanggan anda bertanya kepada anda.
Kedai online ni sama macam buka kedai, anda perlukan trafik. Salah satu cara dapatkan trafik adalah melalui social media seperti facebook dan sebagainya.
Dengan adanya web, anda dapat promosi di Facebook group, pages dan lain-lain dengan lebih berkesan, terutama menggunakan teknik retargeting yang hanya boleh dilakukan menggunakan website.


Lebih 130 Gambar Produk & barang basah disediakan, hanya tukar harga!
Pasarman.com telah mempunyai 130 produk. Anda hanya perlu tukar mengikut harga di kedai anda. Anda juga boleh tambah produk sendiri di bahagian pengurusan.
Barang-barang ini anda ambil sendiri dari supplier anda, bukan dari pasarman buat masa sekarang
Paling penting dekat web ni anda boleh terus set harga kos untuk setiap produk. Tujuannya supaya anda dapat kira keuntungan secara automatik setiap hari.
Pilihan Tarikh dan Waktu Penghantaran
Anda boleh set tarikh dan waktu penghantaran di web. Jadi pelanggan boleh terus pilih tarikh sedia anda. Tak perlu lagi tanya anda, lusa ada buat penghantaran tak?
Setkan belian minimum sebelum penghantaran.
Pengalaman kami di Pasarman, margin keuntungan adalah rendah kerana barang-barang komoditi. Jadi untuk tingkatkan keuntungan dan berbaloi dengan masa untuk delivery, kami setkan belian minimum kepada RM 50 dan ia akan terus dipaparkan di web kalau belian minimum tak cukup.

Setkan Caj Penghantaran Mengikut Kilometer
Sistem kami akan kirakan berapa caj penghantaran dari kedai anda kepada pelanggan. Contoh anda caj RM1.20 per km, jika jarak pelanggan adalah 5 km, caj penghataran akan dikira automatik RM6.
Tak perlu lagi anda kira secara manual! Cuba bayangkan anda buat kira-kira ni untuk 20-30 baru pelanggan setiap hari dengan jawab di whatsapp, naik muak!





Terima Bayaran Online dan Kad Kredit
Terima bayaran secara online atau kad kredit, jadi tak perlu selalu login akaun bank untuk pastikan pelanggan buat bayaran sebelum penghantaran, terutama bila dah ada puluhan order, mana satu yang dah bayar?
Lagipun sekarang ramai dah biasa beli online termasuk shopee dan lazada, jadi internet banking dah jadi kebiasaan buat rakyat Malaysia.
Atau boleh juga aktifkan fungsi Cash On Delivery (COD).
Fokus servis khidmat pelanggan
Kerana kebanyakan maklumat telah ada di web, jadi bakal pelanggan biasanya hanya akan tanya soalan-soalan untuk kepastikan, bukan soalan yang telah ada dekat web seperti daging ni harga berapa 1 kg, ada 1/2 kg tak dan lain-lain.
Jadi anda dapat fokuskan kepada pertanyaan pelanggan yang tiada di web. Kalau ada soalan berulang, terus tambah di bahagian-bahagian soalan lazim.




Keahlian dan Latihan Pasarman
Anda akan menjadi ahli Pasarman dan menerima barangan berupa baju T-shirt exclusive, flyers, kad perniagaan, roll up banner, rancangan perniagaan dan latihan di Pasar Borong Selayang untuk anda memulakan bisnes pasar di kawasan anda. Pengalaman sebenar ini akan membantu anda mengenal pasti keserasian dengan bisnes pasar.
Sedia untuk Digitalkan Bisnes anda?
Pakej di bawah tersedia untuk anda.
Premium
Kedai online anda dengan support Pasarman- Keahlian Pasarman RM 5999 – RM 2499. Anda akan menerima barangan Pasarman berupa baju t-shirt exclusive Pasarman, flyers, kad perniagaan, roll-up banner, rancangan perniagaan dan latihan di Pasar Borong Selayang
- Setup Fee Sistem RM1000 – RM 250
- Bayaran Bulanan RM 500 RM 90
- Virtual Assistant Bulanan RM 500 RM 160
- Kedai web online sendiri
- Produk boleh ditambah tanpa had, kami ada 130 produk & barang basah sedia ada. Harga dikemas sendiri atau dibantu oleh Virtual Assistant anda. Anda hanya perlu whatsapp/message/email atau apa-apa cara yang anda sukai.
- Fungsi Pilihan Tarikh dan Waktu Penghantaran
- Terima Bayaran Online/Kad Kredit melalui Toyyibpay/Billplz
- Advance Reporting (Jualan, Untung, Penghantaran)
+ Premium X
Aplikasi Mobile App Android (Akan Datang)- Domain Brand Sendiri atau Keahlian Pasarman
- Setup Fee Mobile App – RM 500.00
- Semua pakej web
- + Mobile App Android
- + Mobile App 100% sync dengan web. Katakan update harga di web, di mobile app juga akan berubah.
- + Hantar 100,000 notifikasi setiap bulan